Monday, April 29, 2013

Pengenalan.


Terdapat lebih kurang 7 spesis di dunia, dan dua daripadanya adalah hidbrid dan tumbuh di kawasan Eropah dan Asia.

Hippophae rhamnoides, di panggil juga Seabuckthorn merupakan spesis yang paling banyak di dalam kelompok tumbuhan hebat ini dengan mempunyai lapan subspesis yang bermula dari pantai Atlantik Eropah menyeberang ke barat laut China.

Di Eropah barat, sebahagian besarnya tumbuh di kawasan pantai laut, manakala di kawasan Asia ia tumbuh dengan meluas di kawasan padang pasir yang kering di mana tumbuhan lain tidak dapat hidup dengan baik di kawasan tersebut kerana keadaan tanah yang kering.

Di kawasan tengah Ertopah dan Asia it tumbuh sebagai tumbuhan renek subalpine di kawasan pergunaungan dan kawsan yang lapang seperti di tebing-tebing sungai, yang mana ia lebih subur di kawasan yang kering dan kawsan berpasir.

Tedapat ladang yang diusahakan di China dengan mempunyai keluasan 1,500,000 hektar (5,800km persegi) dan tujuannya adalah untuk memulihara tanah dan air di kawasan tersebut.

Tumbuhan Seabuckthorn ini mempunyai batang yang keras dan tebal juga berduri, daunnya pula berbentuk pisau dan mempunyai warna hijau pucat keperakan. Memjpunyai pokok jantan dan pokok betina, yang mana pokok jantan akan mengeluarkan bunga dan angin memainkan peranan menyebarkan debunga yang akan diterima pada bunga pada pokok betina yang akhirnya akan menghasikan buah beri berwarna oren berdiameter 6-9 milimeter, lembut, berair dan kaya dengan minyak.



Tentang Tumbuhan Ini.

Pokok ini kebiasaannya akan berbuah pada musim sejuk dan menjadi punya makanan bagi beberapa jenis burung dan salah satunya fieldfares.

Daunnya pula menjadi makanan kepada beberapa jenis larva rama-rama.


Penuaian.

Proses ini amat sukar dilakukan kerana ia memerlukan langkah berhati-hati kerana setiap tangkai buah Seabuck thorn ini mempunya duri. Satu teknik penuaian yang biasa dilakukan adalah dengan memotong keseluruhan tangkai, tetapi dengan teknik ini akan menjadikan kurang penghasilan pada masa akan datang.

Kemudian pekerja akan melakukan pembersihan dengan membuang bendasing seperti daun dan juga bahan yang tidak diingini. kemudian beri tersebut akan dibekukan untuk penyimpanan.






Nutrien Dan Kesan Potensi Kesihatan.

Seabuckthorn ini sememangnya berkhasiat dan boleh dimakan, Tetapi apabila dimakan secara mentah ia akan menimbulkan rasa tidak selesa kerana sifatnya yang berminyak dan berasid. Kebiasaannya orang akan membuat jus untuk mengurangkan  juga boleh dicampurkan bersama dengan minuman kegemaran.

Apabila Beri Seabuckthhorn ini ditekan, ia akan menghasilkan satu jus yang mempunyai tiga lapisan, dengan lapisan yang pertama berbentuk krim berwarna oren. Manakala lapisan tengah mengandungi ciri lemak tepu dan poli tak tepu dan lapisan yang paling bawah adalah sedimen dan jus. Bahagian yang mengandungi lemak itu digunakan untuk tujuan penghasilan kosmetik untuk dijadikajn krim muka. Lapisan yang bawah pula digunakan untuk menghasilkan produk makanan seperti sirap.

Beri Seabuckthorn ini mempunyai kandungan vitamin c yang tinggi, kira-kira 114 hingga1550mg setiap 100 gram dengan kandungan purata 695 mg setiap 100 gram, 15 kali lebih banyak daripada sebiji buah oren (45 mg per 100 gram). Ini  menjadikan beri ini antara sumber tumbuhan yang kaya dengan vitamin c.  Selain itu juga beri ini juga mempunyai kandungan padat karotenoid, vitamin E, asih amino, mineral pemakanan, β-sitosterol dan polifenol.